30 July 2015

How to Invest in a Down Market? – 5 Malaysian Financial Experts Share Their Opinions


“May I ask for your opinion on safe investing strategies, given the devalued Ringgit and lack of trust in the government and Malaysian economy in general nowadays?
– Suraya from Chicken Floss Bun

I received the above question from one of my readers. I had an opinion of course, which I promptly sent back to her. But let’s be honest, I’m no investment expert. I’m more of a keep-costs-low (stingy), and get the best deal kinda guy.
So I decided to talk to some financial experts.
And by experts, I don’t mean head of investment services of banks. You can find those guys in the newspapers.
Instead, I approached experts who are founders of their own companies, and share investment information for free online. Because I’ve always found their advice to be more practical and easy to understand — especially for beginners. And because I have a great deal of respect for all of them.
This is what they had to say to my question,

“How do I invest in an uncertain market?”

1. KC Lau, Founder of KCLau.com

Value investing! During this time of uncertainty, there are better values at depressed prices. Just look at good businesses and good-yield properties. When you buy assets that can generate income immediately, at a very attractive price, I guarantee that it’ll never go wrong.
When the majority is pessimistic, it creates opportunity for value seekers. You can find great assets with deep discounts, and make your investment with minimum downside, but a lot of upside.
p.s. You can buy shares of “good businesses” on the stock market. There are other forms of ownership — but generally, buying stock is the most straightforward.
KC Lau

2. Founder of 1-million-dollar-blog.com

My investment strategy during uncertain times is to hold on to your cash. Hard cash is king. You could park your hard cash temporarily in a lower-return but safe and liquid investment like fixed deposits, before you strike with your next investment.
People always say that making an investment during this time is very risky. Yes, it is indeed risky, but if you do your homework and select good stocks or properties, you will be rewarded handsomely.
1-million-dollar-blog

3. CF Lieu, Founder of LCF on Personal Finance

I believe asset allocation is the way to weather the storm of uncertainty, taking into consideration your sphere of competency.
It means having the right proportion of asset classes such as stocks, funds, bonds, properties and even small  businesses, which gives you a balanced return in terms of capital appreciation and cashflow.
For example, you might not want to plunk everything into the Malaysian stock market or worse, invest in one single company. Perhaps diversify into growth companies like Vitrox or OCK, and also high-income generating counters like retail REITs.
For funds, diversify into Asia Pacific or Global funds, with little correlation to Malaysian economy.
And lastly, properties. Good deals are always there but you definitely want to invest in areas you are familiar with. No point investing in Iskandar area while you are staying in Penang most of the time.
CF Lieu

4. Suzardi Maulan, Founder of Pakdi.net

“Where should I put my money?”
Many people have been asking this.
Especially with current issues in Greece, the weak RM to the USD, and price increases in Roti John this past Ramadan. So here’s the advice (once you’ve already saved enough cash for emergency savings):
  1. Change cash to assets.
  2. Assets that increase in value.
  3. Assets that increase in value are assets that create cashflow, and can increase in value on their own.
  4. Imagine you’re a goat breeder, or a paddy farmer.
  5. When you have more cash, buy more goats. Goats make many baby goats.
  6. Or if you’re a paddy farmer — every season end, you get to to harvest your plants.
  7. In our modern-day context, assets are things that give you dividends, bonuses or rent.
  8. The cash that you get, re-invest. Don’t increase spending or debts.
  9. And don’t forget to pay Zakat (Tithe).
Final word of advice: if we buy something at a discount price relative to its value, then it’s a good buy. Whether in a positive market or a negative market. Be it stocks or properties.
Pakdi

5. Lee Ching Wei, Group CEO and Co-founder of iMoney

In my view, in a down market or market where there’s a lot of uncertainty, it’s about finding “safe haven” investments. That means investing less in speculative investments, and more in “quality” investments.
For example, within stocks, it’s about choosing the blue chips over the small / mid-size companies. Within bonds, it’s about choosing the portfolio with better / higher overall credit profile e.g. more government bonds, and less corporates / “junk” bonds.
Unfortunately, it’s not quite as easy, as timing becomes an important factor.
My overall advice: making sure one’s investment horizon matches the assets you’re investing in e.g. a share / equity investor needs a much longer time horizon than a bond investor to ride out the ups / downs of markets.
Lee Ching Wei

In Summary

Here’s the common advice I found from the financial experts above. In uncertain times:
  • Be conservative. Hold on to more cash. Invest in safe investments.
  • Do your homework. Invest only in things you understand.
  • Look for value. When other people are selling, it’s a great opportunity to buy something valuable at a low price.
Here’s to hoping the situation in Malaysia gets better soon. But if not, please be safe with your money.
Finally, if you have any questions you think I can help you with, be it about money, time or relationships, send me an email. I read and am grateful for every single one. And even if I don’t know the answer to your question — I’ll try my best to find someone who does.


Published in Money

24 July 2015

Mengenali CWA


CWA merupakan cabang pengurusan kewangan dan pengedaran produk bagi CIMB-Principal Asset Management Berhad. CWA membantu dalam pelaburan, perlindungan dan pengekalan dana melalui platform kepelbagaian produk yang mengintegrasikan pengedaran dana unit amanah bersama dengan penyelesaian pengurusan aset menyeluruh termasuk pelan perlindungan, penamaan amanah dan harta pusaka. Melalui pendekatan holistik dan gabungan strategik bersama rakaniaga bereputasi, CWA menawarkan produk-produk kewangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan matlamat setiap individu secara khususnya.Dengan lebih 5000 Perancang Kewangan dan Perunding terlatih yang berdaftar dengan FIMM di seluruh negara, CWA sentiasa bersedia untuk menyediakan pelbagai produk terkini dan nasihat yang membina.
 
Produk pelaburan: 
  • Unit Trust
  • Skim Persaraan Swasta (PRS)
Produk perlindungan:
  • Takaful
Produk pengekalan dana:
  • Penulisan Wasiat (Wills & Trust)

02 July 2015

Penjelasan Hukum Pelaburan dalam ASB dan ASN

Terdapat percanggahan pendapat antara beberapa badan agama di Malaysia tentang status hukum pelaburan dalam ASB dan ASN. Secara ringkasnya, fatwa dikeluarkan adalah seperti berikut;

  1. Majlis Fatwa Kebangsaan - Harus
  2. Pejabat Mufti Negeri Selangor - Tidak halal
  3. Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti - Tidak patuh syariah 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi95f_7LZuZBuMN1X5PXbaVOzu_LgU4nFHdv8oTOZjqdQtwtjmnQ_012x6pawb1QQTogkvEtFgGZonZU1YG_iI3BuZqIsAKzUYlvQz3qc4wGQO2PkrtDwxrlifhY5g3fkP808Ea55alJPY/s1600/asbharam.jpg 

Untuk meneliti hujah-hujah yang dikemukakan, sila rujuk link ke website berkenaan.

Secara dasarnya, percanggahan hukum ini terjadi kerana pelaburan ASB dan ASN adalah bercampur-campur serta melibatkan perbankan konvensional, yang mana kita sedia maklum perbankan konvensional adalah terlibat dengan riba'.

Sebagai orang awam kita boleh memilih untuk mengambil pandangan atau fatwa yang dikemukakan, sama ada oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun Pejabat Mufti Selangor. Kedua-duanya adalah badan berautoriti untuk mengeluarkan fatwa dan mempunyai hujah tersendiri. Dalam konteks ijtihad sebegini, tiada istilah siapa yang betul mahupun salah secara mutlak, sebagaimana hadis Nabi SAW:

“Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala”.

Walau bagaimanapun dalam konteks wara’, seseorang digalakkan untuk meneliti secara terperinci setiap skim pelaburan ke mana dana-dana tersebut akan disalurkan. Yang dimaksudkan dengan wara’ di sini ialah ketakwaan kita pada ALLAH hingga meninggalkan perkara-perkara yang tidak jelas atau samar-samar.

Anda mungkin berkata, 

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. Jika benar-benar setelah membaca hujah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.  

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist  dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam.


Rujukan penulisan oleh:
  1. DR ASYRAF WAJDI DUSUKI - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
  2. Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Soalan-soalan Yang Perlu Ditanya Oleh Setiap Pelabur Unit Amanah (Unit Trust)

Ingin melabur dalam unit amanah? Pastikan anda bertanya soalan-soalan berikut kepada ejen anda sebelum melabur.

1.    Adakah dana unit amanah ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti?

Semua produk unit amanah mestilah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia (SC). Untuk memastikan produk pelaburan itu didaftarkan dengan SC, hubungi: 03-6204 8000 dan minta untuk disambungkan kepada Jabatan Tabung Amanah dan Pelaburan atau lawati laman web SC di www.sc.com.my 

2.    Sudah berapa lamakah syarikat unit amanah itu beroperasi? Apakah rekod atau prestasi syarikat itu dalam memberikan pulangan kepada pelabur?

Laporan tahunan dapat memberikan maklumat berkenaan rekod prestasi dan pengalaman sesuatu syarikat unit amanah, termasuklah syarikat yang menguruskan dana tersebut (jika dana itu diuruskan oleh pengurus dana luar). Bacalah laporan tahunan dengan teliti sebelum melabur.

3.    Adakah dana itu menepati matlamat pelaburan dan profile risiko saya?

Sekarang ini, ada banyak jenis dana di pasaran, setiap satu dengan ganjaran dan risiko tersendiri. Oleh itu anda perlu memahami dana yang ditawarkan dan memilih dana yang benar-benar menepati matlamat pelaburan dan profil risiko anda. Jangan biarkan diri dipaksa oleh mana-mana ejen untuk melabur dalam dana yang tidak bersesuaian dengan matlamat pelaburan anda.

4.    Di manakah wang saya akan dilaburkan?

Setiap dana unit amanah mempunyai strategi pelaburannya sendiri untuk memenuhi objektif pelaburan. Contohnya, bagi dana ekuiti, pada umumnya, kebanyakan daripada aset dana itu dilaburkan dalam ekuiti syarikat tersenarai di pasaran saham. Sebaliknya, dana bon pula akan melaburkan kebanyakan dananya dalam produk bon. Amat penting bagi pelabur mengetahui dalam produk pelaburan manakah dana itu melabur, kerana ini mempunyai implikasi terus ke atas tahap toleransi risiko pelabur. Jika dana itu melabur dalam produk pelaburan berisiko tinggi, dana unit amanah itu sendiri akan menjadi pelaburan berisiko tinggi.

5.  Bagaimana untuk mengukur prestasi sesuatu dana? Perlukah saya membandingkannya dengan dana lain?

Setiap dana mempunyai ukur rujuknya (benchmark) sendiri (sesuatu yang anda boleh jadikan ukuran prestasinya), yang dinyatakan dalam prospektus. Anda boleh membandingkan kadar pulangan dana anda dengan ukur rujuk tersebut. Ukur rujuk yang biasa bagi dana ekuiti ialah Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) manakala bagi dana bon, biasanya ialah pada kadar purata 12 bulan deposit tetap bank-bank. Selain itu, bandingkan dana anda dengan dana lain yang mempunyai kriteria yang sama. Unit amanah yang lebih kompleks mungkin mempunyai ukur rujuk yang lebih kompleks.
6.    Apakah pulangan yang boleh saya perolehi daripada dana ini?

Pulangan daripada unit amanah boleh berbentuk:

i.    Keuntungan modal (jika pergerakan harga unit memuaskan), atau
ii.    Dividen (jika syarikat pengurusan mengumumkan bayaran dividen)

Pastikan ejen anda memberikan penerangan mengenai perkara ini dan baca prospektus.

7.    Adakah terdapat sebarang bayaran atau caj jika saya melabur dalam dana ini?

Setiap pelaburan mempunyai kosnya yang tersendiri dan begitu juga dengan dana unit amanah. Antara caj-caj yang dikenakan ialah:

i.    Caj pengagihan/transaksi seperti caj jualan dan/atau caj penebusan apabila anda membeli dan menjual unit
ii.    Bayaran pengurusan
iii.    Bayaran pemegang amanah

Pastikan ejen anda memberitahu tentang caj-caj yang akan dikenakan. Maklumat mengenai bayaran caj juga boleh didapati di dalam prospektus.

8.    Jika saya mengubah fikiran selepas melabur dalam sesuatu dana, bolehkah saya menjualkannya semula kepada syarikat itu dan mendapat bayaran balik sepenuhnya?

Pelabur diberikan “tempoh bertenang” (cooling off period) iaitu masa untuk memikirkan semula sama ada mereka mahu meneruskan pelaburan dalam dana unit amanah itu atau tidak. Tempoh bertenang ialah selama enam (6) hari bekerja daripada hari pelaburan dibuat. Tertakluk kepada syarat-syarat tertentu, pelabur unit amanah berhak mendapat balik bayaran sepenuhnya jika dia memutuskan untuk tidak meneruskan pelaburan dalam tempoh yang ditetapkan. Tempoh bertenang adalah hak anda! Keterangan lanjut mengenai tempoh bertenang ada dinyatakan dalam prospektus.

9.    Bolehkah saya menjual semula unit yang telah saya beli? Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan semula wang saya?

Ya. Anda boleh menjual semula unit yang telah dibeli. Dapatkan maklumat daripada ejen anda berkaitan tenpoh masa yang diambil untuk mendapatkan semula wang anda.

10.    Adakah saya akan menerima apa-apa penyata daripada syarikat pengurusan dana berkaitan dengan status pelaburan saya?

Ya. Dapatkan penjelasan daripada ejen anda berkaitan penerimaan penyata tersebut.

11.    Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana tersebut? 

Kebanyakan maklumat mengenai sesuatu dana unit amanah boleh diperolehi dalam prospektus dan laporan tahunannya. Dapatkan prospektus daripada ejen anda dan baca dengan teliti sebelum melabur.