Private Retirement Scheme (PRS) atau Skim Persaraan Swasta adalah satu skim pelaburan jangka panjang untuk tujuan persaraan. Skim ini merupakan satu inisiatif kerajaan bagi mewujudkan tabung persaraan kedua. Ia boleh disertai oleh individu berumur 18 tahun ke atas.
Secara umum, PRS mirip kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada. Sepertimana akaun KWSP, PRS juga dibahagikan kepada 2 sub-akaun, iaitu akaun A (70%) dan akaun B (30%).
Terdapat beberapa perbezaan antara KWSP dan PRS. Antaranya:
Untuk maklumat lanjut, sila isi contact form disebelah kanan dan saya akan menghubungi anda untuk membuat temu janji. Secara umum, PRS mirip kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada. Sepertimana akaun KWSP, PRS juga dibahagikan kepada 2 sub-akaun, iaitu akaun A (70%) dan akaun B (30%).
Terdapat beberapa perbezaan antara KWSP dan PRS. Antaranya:
- PRS berkonsep voluntarily (sukarela), iaitu tidak wajib sebagaimana KWSP. Ahli PRS boleh membuat pilihan jumlah pelaburan seminimum RM50 dan kekerapan melabur.
- PRS dikendalikan oleh beberapa institusi kewangan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Antaranya ialah CIMB-Principal Asset Management Berhad.
- Ahli PRS boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun atau RM30,000 dalam masa 10 tahun bermula 2012. Pelepasan cukai boleh didapati di bawah seksyen F-F18 dalam borang BE. Sila rujuk maklumat terperinci di website Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Majikan yang mencarum juga layak untuk memohon pelepasan cukai (tertakluk pada syarat dan peraturan)
- Ahli PRS boleh memilih untuk mencarum di lebih daripada satu akaun PRS.
- Ahli PRS boleh membuat pengeluaran dari akaun B (30%) setelah melepasi tempoh setahun. Pengeluaran ini akan dikenakan penalti sebanyak 8% jika ahli belum mencapai umur persaraan 55 tahun.
- Ahli PRS yang berumur di bawah 30 tahun layak mendapat insentif kerajaan sebanyak RM500.
No comments:
Post a Comment