Terdapat percanggahan pendapat antara beberapa badan agama di Malaysia tentang status hukum pelaburan dalam ASB dan ASN. Secara ringkasnya, fatwa dikeluarkan adalah seperti berikut;
- Majlis Fatwa Kebangsaan - Harus
- Pejabat Mufti Negeri Selangor - Tidak halal
- Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti - Tidak patuh syariah
Untuk meneliti hujah-hujah yang dikemukakan, sila rujuk link ke website berkenaan.
Secara dasarnya, percanggahan hukum ini terjadi kerana pelaburan ASB dan ASN adalah bercampur-campur serta melibatkan perbankan konvensional, yang mana kita sedia maklum perbankan konvensional adalah terlibat dengan riba'.
Sebagai orang awam kita boleh memilih untuk mengambil pandangan atau
fatwa yang dikemukakan, sama ada oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ataupun
Pejabat Mufti Selangor. Kedua-duanya adalah badan berautoriti untuk
mengeluarkan fatwa dan mempunyai hujah tersendiri. Dalam konteks ijtihad
sebegini, tiada istilah siapa yang betul mahupun salah secara mutlak,
sebagaimana hadis Nabi SAW:
“Apabila seorang hakim memutuskan sesuatu keputusan, maka dia berijtihad
dan ijtihadnya betul, maka baginya dua pahala. Dan apabila dia
berijtihad dan keputusannya salah, maka baginya satu pahala”.
Walau bagaimanapun dalam konteks wara’, seseorang digalakkan untuk
meneliti secara terperinci setiap skim pelaburan ke mana dana-dana
tersebut akan disalurkan. Yang dimaksudkan dengan wara’ di sini ialah
ketakwaan kita pada ALLAH hingga meninggalkan perkara-perkara yang tidak
jelas atau samar-samar.
Anda mungkin berkata,
"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"
Ulasan
saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti
pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada,
berfikirlah. Jika benar-benar setelah membaca hujah kedua-dua pihak,
lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas
dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis
Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis Syariah Suruhanjaya
Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang
sepatutnya.
Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya
Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan
kewangan Islam.
Rujukan penulisan oleh:
- DR ASYRAF WAJDI DUSUKI - Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
- Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Best casinos near me (Washington DC) - DrMCD
ReplyDeleteMGM Resorts International offers the most welcoming and comfortable places to play at the most 진주 출장마사지 welcoming and comfortable gambling rooms in 라이브스코어 the 오산 출장안마 country.What are the best casinos near me?Where can 문경 출장마사지 I 김포 출장샵 find casinos near me?