14 August 2015

CWA Grand Business Opportunity (3rd GBOP) 2015

Setiap tahun, CWA akan mengadakan Grand Business Opportunity atau biasanya disebut sebagai GBOP. Majlis ini hanya diadakan 3-4 kali setiap tahun di beberapa tempat di seluruh Malaysia. 


Setiap kali GBOP, beribu-ribu peserta hadir untuk mendengar peluang kerjaya bersama CWA dan career development yang ditawarkan.

Antara peserta yang hadir di CWA 3rd GBOP 2015 di Eastin Hotel, Petaling Jaya
Fiona Tahir, Group Agency Manager (GAM) Charisma Legacy sedang memberi testimoni

Event GBOP dibahagikan kepada lima segment:
  1. Pengenalan tentang Syarikat Institusi kami, CWA, CIMB Wealth Advisors Berhad, a Brand of CIMB Principal Berhad
  2. Pengenalan tentang career development.  Bermula dari Unit Trust Consultant, Agency Supervisor, Agency Manager dan akhirnya, yang paling ultimate ialah menjadi Group Agency Manager.
  3. Pengenalan tentang Income Compensation, komisen yang ditawarkan.
  4. Testimoni Kejayaan dari Group Agency Manager
  5. Motivasi oleh Mr Robert Young
     
    Sebahagian team Charisma Legacy Kota Bharu di CWA GBOP, Renaissance Hotel, Kota Bharu
    Sebahagian team Charisma Legacy Damansara di CWA GBOP, Eastin Hotel, Petaling Jaya
    Bersama rakan seperjuangan
CWA a Brand of CIMB Principal ialah institusi kewangan yang menawarkan Solusi Lengkap Perancangan Kewangan. Kami menawarkan:
  • Wealth Creation iaitu Pengumpulan Kekayaan dengan pelaburan saham amanah dan Private Retirement Scheme (PRS)
  • Wealth Protection iaitu Perlindungan Kekayaan dengan skim Insurans/Takaful bersama AIA Public Takaful Berhad
  • Wealth Preservation iaitu Pembahagian Harta Pusaka (wasiat) bersama As-Salihin Berhad
Antara produk pelaburan yang kami tawarkan ialah:
  • Skim Pengeluaran KWSP
  • Skim Persaraan
  • Skim Pendidikan Anak-anak
  • Regular Savings Plan
  • Private Retirement Scheme (PRS)
  • Pelaburan Korporat
Sertai kami sebagai Perunding Kewangan atau Financial Consultant.
Antara kelebihan menyertai kami sebagai Perunding Kewangan ialah:

  1. Skim Komisen yang tinggi sehingga 8 Jenis Komisen termasuk Bonus Tahunan dan Quality Business Bonus
  2. Insentif Pelancongan ke luar negara
  3. Insentif Wang Tunai untuk Recruitment dan Pelancongan
  4. Subsidi Kereta
  5. Subsidi Pejabat (Agency)
  6. Latihan Intensif - MEM Academy, Weekly Classes, Mentoring, Coaching dan Seminar
  7. Career Development
  8. Career Satisfaction
Bagaimana untuk menjadi Perunding Kewangan atau Perunding Saham Amanah?
  1. Berumur 21 tahun ke atas
  2. Minimum SPM dengan kelulusan Matematik dan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  3. Pengalaman tidak diperlukan kerana latihan akan disediakan
Sertai kami sebagai Perunding Kewangan bersama Charisma Legacy, Top Agency, No 1 Unit Trust Agency in Malaysia!

Hubungi : 016-351 6369 atau isi contact form di sebelah kanan

05 August 2015

Private Retirement Scheme (PRS)

Private Retirement Scheme (PRS) atau Skim Persaraan Swasta adalah satu skim pelaburan jangka panjang untuk tujuan persaraan. Skim ini merupakan satu inisiatif kerajaan bagi mewujudkan tabung persaraan kedua. Ia boleh disertai oleh individu berumur 18 tahun ke atas.


Secara umum, PRS mirip kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedia ada. Sepertimana akaun KWSP, PRS juga dibahagikan kepada 2 sub-akaun, iaitu akaun A (70%) dan akaun B (30%).


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIj8RY_1O6YxH1c-BjiZWmjBhkQz_gf6jIFCqLEwBJj82q9RblKMdrE0eFwyW73yWNMgjhG-0SS70z-rJap1YRSKE5Rr5vKS7fxBMtbguQSqUIqpr6K-J4N1k5kbqLWmP0oJWzEtK_X1k/s400/PPA_Account_private_retirement_scheme.gif

Terdapat beberapa perbezaan antara KWSP dan PRS. Antaranya:
  1. PRS berkonsep voluntarily (sukarela), iaitu tidak wajib sebagaimana KWSP. Ahli PRS boleh membuat pilihan jumlah pelaburan seminimum RM50 dan kekerapan melabur.
  2. PRS dikendalikan oleh beberapa institusi kewangan swasta yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Antaranya ialah CIMB-Principal Asset Management Berhad.
  3. Ahli PRS boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 setahun atau RM30,000 dalam masa 10 tahun bermula 2012. Pelepasan cukai boleh didapati di bawah seksyen F-F18 dalam borang BE. Sila rujuk maklumat terperinci di website Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  4. Majikan yang mencarum juga layak untuk memohon pelepasan cukai (tertakluk pada syarat dan peraturan)
  5. Ahli PRS boleh memilih untuk mencarum di lebih daripada satu akaun PRS.
  6. Ahli PRS boleh membuat pengeluaran dari akaun B (30%) setelah melepasi tempoh setahun. Pengeluaran ini akan dikenakan penalti sebanyak 8% jika ahli belum mencapai umur persaraan 55 tahun.
  7. Ahli PRS yang berumur di bawah 30 tahun layak mendapat insentif kerajaan sebanyak RM500. 
Untuk maklumat lanjut, sila isi contact form disebelah kanan dan saya akan menghubungi anda untuk membuat temu janji.